Rabu, 22 Oktober 2008

Definisi Komputer


Peranti (alat yang direka cipta untuk melakukan tugas tertentu) atau mesin yang boleh diaturcarakan / digunakan untuk menerima data dan mengolah data seperti melakukan pengiraan matematik, logik atau pemprosesan lain, dan kemudian mengeluarkan data terproses secara bersistem.

Komputer Digital ?

  • Digital Komputer ialah satu mesin yang boleh menyelesaikan masalah matematik seperti mencari bilangan dan nilai purata.
  • Digital Komputer juga boleh membuat operasi logik untuk membandingkan dua nilai ( nilai yang kecil atau besar, menyusun data mengikut susunan
  • abjad).

PC Pejabat


Oleh kerana perisian-perisian terkini memerlukan kawasan yang luas dan kuasa komputer yang tinggi maka komputer yang digunakan di pejabat bukan lagi sebuah komputer biasa yang disertakan dengan sebuah monitor dan kad rangkaian. Mesin yang digunakan di pejabat kini seharusnya sebuah komputer yang bijak dan mudah dikendalikan. PC pejabat yang saya cadangkan mungkin lebih canggih sedikit daripada apa yang anda lihat atau gunakan, tetapi itulah spesifikasi yang sepatutnya bagi sebuah komputer pejabat.

Biasanya komputer pejabat digunakan untuk penggunaan e-mel, aplikasi pejabat dan rangkaian. Harga komputer pejabat yang sesuai dianggarkan adalah di antara 5 hingga 15 ribu ringgit Malaysia. Mungkin harganya tinggi bagi sebuah komputer biasa tetapi dengan pelaburan sebanyak itu sudah pasti produktivitinya juga dapat dibanggakan

Spesifikasi: ( Minimum yang dicadangkan )

  • CPU : 200Mhz

  • Memory : 32Mb Ram

  • Harddisk : 4.2 Gb

  • VGA Card : 4 @ 8 Mb

  • Monitor : 15" @ 17"

  • NIC ( Network Interface Card ) 10/100base dan

  • Set Multi media

Lain-lain peralatan pejabat :

  • Iomega Jaz @ Zip

  • Cd Writer

  • Laser Printer

  • Scanner

PC Rumah

Kegunaan komputer di rumah biasanya berdasarkan kepada cita rasa individu, tidak ubah seperti membeli sebuah rumah atau kereta. Sehubungan itu anda perlu mengambil kira siapa penggunanya dan perisian aplikasi apakah yang hendak digunakan bersama komputer tersebut.

Kini terdapat juga sistem komputer untuk kegunaan di rumah yang dijual dengan harga lebih kurang RM 2,000 sehingga RM 4,000.

Spesifikasi: ( Minimum yang dicadangkan )

  • CPU : 200Mhz

  • Memory : 32Mb Ram

  • Harddisk : 4.2 Gb

  • VGA Card : 4 @ 8 Mb

  • Monitor : 14" @ 15"

  • Modem 56k

  • Set Multi media

Lain-lain peralatan rumah :

  • Bubble Printer

  • Scanner

  • Video Cam

Tidak ada komentar: